TENTANG

Semuanya bermula bila Datin Noor Kartini sendiri menghadapi masalah untuk menggunakan foundation yang sesuai untuk kulit wajahnya. Jadi untuk mencari jalan penyelesaian pada masalah ini, beliau telah bertanya dan mendapatkan pendapat dari rakan dan keluarga, Datin Noor Kartini menyedari bahawa masalah yang beliau hadapi ini adalah masalah yang sama turut dihadapi oleh hampir setiap wanita.

Daripada setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Setelah berbulan-bulan menjalankan penyelidikan makmal dengan bimbingan dan inspirasi dari Datin Noor Kartini sendiri, akhirnya Young & Glow Foundation telah berjaya dihasilkan. Setelah terhasilnya Young & Glow Foundation, timbul rasa ingin tahu dikalangan beberapa keluarga dan rakan-rakan dan mereka mengambil keputusan untuk mencuba Young & Glow Foundation dan serta merta feedback yang diterima adalah positif. Ramai yang mengatakan penggunaan foundation ini teksturnya terasa ringan di wajah dan selesa digunakan sepanjang hari.

Bermula hanya dengan produk foundation yang dilancarkan pada 20 Oktober 2018. Sehingga kini Young & Glow sudah pun menghasilkan beberapa produk iaitu Young & Glow Foundation, Neelofa X Young & Glow Lipmatte, Young & Glow Lipstick dan Lip Remover.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, jenama Young & Glow telah berkembang dan mencapai banyak kejayaan besar. Jenama Young & Glow telah mendapat banyak perhatian dari pihak media massa terutamanya pihak stesen televisyen tempatan untuk berkongsi kebaikan produk Young & Glow kepada setiap wanita dan pengguna bukan saja di Malaysia bahkan juga di Singapura dan Brunei.

Kejayaan

Majoriti produk jenama Young & Glow adalah kolaborasi bersama Neelofa.

Pencapaian jualan RM 1 juta yang pertama pada Oktober 2019.

Jenama Young & Glow mendapat liputan meluas oleh media massa terutamanya stesen Televisyen. Antaranya adalah:

Sasaran utama Young & Glow untuk seterusnya adalah semestinya Young & Glow ingin menjadi jenama produk kecantikan nombor 1 di Malaysia dan pada masa yang sama, membantu lebih ramai wanita, lelaki dan individu yang mahu jana pendapatan tambahan serta bebas dari masalah kewangan dengan cara berniaga melalui platform yang disediakan oleh Young & Glow.