Sayur Goreng Campur Daging Harimau Menangis

Masa penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (Setengah paket)
  • Brocoli
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Kacang Peas
  • Bawang Holland
  • Capsicum
  • Maggi Secukup Rasa
  • Maggi Sos Tiram

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen
  3. Kemudian masukkan sayur yang keras atau yang mengambil masa lama untuk masak terlebih dahulu.
  4. Masukkan sayur bunga kubis dan cendawan.
  5. Tuangkan sedikit air dalam kuali.
  6. Masukkan sayur kacang peas.
  7. Letakkan Maggi secukup rasa dan Maggi sos tiram.
  8. Masukkan capsicum dan bawang holland. Gaul rata.
  9. Akhir sekali, angkat sayur campur daging harimau menangis Auntytini Kitchen dan hidangkan dalam pinggan.

Anda boleh makan hidangan ini bersama nasi putih! Selamat Mencuba