FOUNDER

Meet The Women Behind

Young & Glow

Seorang Isteri, Ibu dan wanita yang kini disegani ramai, Datin Noor Kartini merupakan seorang ‘wanita besi’ yang pantas mencari peluang dan punya pemikiran yang luas dalam dunia perniagaan. Setelah kejayaannya bersama NH Prima International Sdn Bhd, beliau kini merupakan antara usahawan kecantikan tersohor yang tidak asing lagi di Malaysia. Lebih dua tahun jenama Young & Glow berada di pasaran, jenama ini sudah pun meniti di bibir peminat dunia kecantikan kerana kualiti dan harganya yang berpatutan. Hari ini Young & Glow telah berkembang dan mencapai banyak kejayaan besar. Jenama ini telah mendapat banyak perhatian di media sosial, blog hiburan dan kecantikan juga menjadi bahan bualan dalam rancangan-rancangan popular di televisyen, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura dan Brunei.

PENGLIBATAN AWAL DALAM DUNIA PERNIAGAAN

Membesar dalam kedai kain milik datuknya di Pasir Mas, Kelantan sedikit sebanyak telah memupuk dan menimbulkan minat beliau dalam menceburi dunia perniagaan sejak beliau kecil lagi. Mula berniaga dari muda, ini rentetan perjalanan dunia perniagaan Datin Noor Kartini Noor Mohamed, antara perniagaan pertama yang dijalankan oleh beliau adalah dengan menjual kain secara ansuran dengan penghantaran dari pejabat ke pejabat dan seterusnya pada tahun 1992 beliau meneruskan lagi minatnya dalam dunia perniagaan dengan memulakan bisnes menjual tudung secara ansuran. Dari Malaysia ke kota Dubai mencari material tudung yang tepat untuk dijual, beliau akhirnya bertemu dengan seorang peniaga di sana yang membantunya mendapatkan material tudung yang baik, berkualiti juga memberi alunan yang kemas dan berseri yang dikenali sebagai “Tudung Sulam Swarovski”.

ada tahun 2007, Datin Noor Kartini pula telah menghasilkan baju kurung di bawah jenama LAMEES dan seterusnya mencuba bidang perniagaan yang baru sebagai stokis produk kesihatan pada awal 2012. Pada tahun 2013 pula, Datin Noor Kartini telah menjadi pengedar utama untuk sebuah jenama tudung untuk seluruh Asia Tenggara. Namun perniagaan ini tidak kekal lama kerana terdapat banyak masalah yang menghalang beliau untuk meneruskan perniagaan ini. Tidak mahu terus jatuh, pada 8 september 2014, Datin Noor Kartini ke Sabah untuk melebarkan lagi sayap peniagaannya dan mencapai kejayaan penjualan tudung lebih sepuluh ribu. Sejak itu nama Naelofar Hijab telah menjadi satu jenama tudung premium dan popular di Malaysia dan kini diuruskan oleh anak-anaknya.

Kejayaan beliau dalam jenama Naelofar Hijab tidak berakhir disitu, mahu mencabar diri dan minatnya dalam dunia kecantikan, beliau meneruskan legasinya dalam peniagaan produk-produk kecantikan yang berkualiti dengan satu jenama istimewa Young & Glow.

"NEVER GIVE UP ON A DREAM JUST BECAUSE OF THE TIME IT WILL TAKE TO ACCOMPLISH IT... "

 – DATIN NOOR KARTINI –

Jenama kecantikan Malaysia yang dikagumi ramai ini telah jadi satu kunci keserian pada wanita masa kini juga jadi satu jenama yang telah membantu ramai warga Malaysia untuk menjana pendapatan dari rumah menerusi item popular Young & Glow Foundation.

Datin Noor Kartini berazam berpandukan visi dan misi ini; meletakkan nama Young & Glow Foundation sebagai bedak asas nombor satu di Malaysia dan membantu lebih ramai warga Malaysia untuk menjana pendapatan dan membantu kewangan mereka seterusnya melahirkan jutawan-jutawan Young & Glow.

VISI

Datin Noor Kartini mahu produk Young & Glow Foundation menjadi foundation nombor 1 di Malaysia.

MISI

Datin Noor Kartini mempunyai impian nak bantu lebih ramai orang dapat menjana income tambahan dan membantu mereka mencapai tahap kewangan yang lebih baik serta melahirkan ‘Jutawan Young And Glow’.

Antara Anugerah Dan Percapaian Datin Noor Kartini

Nona Top Beauty Entrepreneur (2019)

Titanum Award Sales Increase (2020)

Play Video