Semuanya bermula bila Datin Noor Kartini sendiri menghadapi masalah untuk menggunakan foundation yang sesuai untuk kulit wajahnya. Jadi untuk mencari jalan penyelesaian pada masalah ini, beliau telah bertanya dan mendapatkan pendapat dari rakan dan keluarga, Datin Noor Kartini menyedari bahawa masalah yang beliau hadapi ini adalah masalah yang sama turut dihadapi oleh hampir setiap wanita.

Daripada setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Setelah berbulan-bulan menjalankan penyelidikan makmal dengan bimbingan dan inspirasi dari Datin Noor Kartini sendiri, akhirnya Young & Glow Foundation telah berjaya dihasilkan. Setelah terhasilnya Young & Glow Foundation, timbul rasa ingin tahu dikalangan beberapa keluarga dan rakan-rakan dan mereka mengambil keputusan untuk mencuba Young & Glow Foundation dan serta merta feedback yang diterima adalah positif. Ramai yang mengatakan penggunaan foundation ini teksturnya terasa ringan di wajah dan selesa digunakan sepanjang hari.

Bermula hanya dengan produk foundation yang dilancarkan pada 20 Oktober 2018. Sehingga kini Young & Glow sudah pun menghasilkan beberapa produk iaitu Young & Glow Foundation, Neelofa X Young & Glow Lipmatte, Young & Glow Lipstick dan Lip Remover.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, jenama Young & Glow telah berkembang dan mencapai banyak kejayaan besar. Jenama Young & Glow telah mendapat banyak perhatian dari pihak media massa terutamanya pihak stesen televisyen tempatan untuk berkongsi kebaikan produk Young & Glow kepada setiap wanita dan pengguna bukan saja di Malaysia bahkan juga di Singapura dan Brunei.