Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (1paket)
  • Tomyam Pes
  • Cili Pes
  • Sos Ikan
  • Daun Limau Purut
  • Serai
  • Bawang Holland
  • Lobak Merah
  • Daun Ketumbar
  • Lengkuas
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Cili Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan pes cili dan pes tomyam.
  5. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Kacau seketika, kemudian masukkan lobak merah.
  7. Masukkan sos cili daging harimau menangis (separuh).
  8. Masukkan bawang holland dan daun limau purut. Gaul rata.
  9. Seterusnya masukkan sos ikan (fish sauce) sedikit dan maggi secukup rasa.
  10. Kemudian masukkan nasi.
  11. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan dalam pinggan.

Selamat MencubašŸ˜