Mee Hoon Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan:

  • Bawang Putih
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen
  • Lada Putih
  • Lobak Merah
  • Sayur Sawi
  • Cili Merah
  • Kubis
  • Maggi Sos Tiram
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Ikan
  • Gula
  • Mee Hoon

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen, lada putih dan gula. kacau sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan lobak merah dan batang sayur sawi.
  4. Langkah seterusnya masukkan maggie sos tiram, sos ikan dan maggie secukup rasa.
  5. Kacau seketika, kemudian masukkan mee hoon.
  6. Masukkan sayur sawi, kubis dan cili merah. Kacau sehingga rata dan masak.
  7. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan.

Selamat MencubašŸ˜