HELLO LIP GLOSS – Kenapa Anda Perlu Gunakan Lip Gloss Sekarang

Lipstik dan Lip Gloss. Dua produk kosmetik yang ada peminat tersendiri. Nak bercakap tentang mana satu yang lagi best, bagus, cantik dan sesuai untuk digunakan bergantung pada pilihan masing-masing. Bercakap tentang cantik ni of course ianya sangat subjektif. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Ada yang prefer untuk menggunakan lipstik dan ada segelintir wanita yang prefer menggunakan lip gloss.

Mungkin ada segelintir wanita yang skeptikal atau rasa janggal nak menggunakan lip gloss ni. Pernah tak dengar ungkapan ayat ni “A mouth without lip gloss is like a cake without frosting”. Sebelum anda teruskan bacaan, apa yang kami cuba sampaikan adalah sekadar perkongsian supaya lebih ramai yang tahu dan yakin pada kelebihan lip gloss.

Lipstik dan lip gloss ni adalah produk kosmetik yang digunakan pada bibir oleh wanita untuk kelihatan cantik dan menyerlah. Kedua-dua lipstik dan lip gloss boleh melembapkan, tetapi lip gloss akan menjadikan bibir anda lebih lembap. Kedua-duanya akan memberikan kilauan pada bibir anda, tetapi lip gloss akan memberikan kilauan dan penampilan yang lebih baik pada bibir anda berbanding dengan lipstik.

Walaupun lipstik dan lip gloss digunakan di bibir, tetapi sebenarnya ada fungsi berbeza yang kita boleh buat menggunakan lip gloss. Jadi, apa sebenarnya fungsi lip gloss? Baca perkongsian kami.

1/ Sebagai Lip Topper

Selain berfungsi untuk menambahkan lagi seri bibir dan wajah anda, lip gloss ni sebenarnya anda boleh gunakan sebagai sebagai lip topper. Haa.. kenapa? Sebab warna lip gloss yang pigmented sangat sesuai untuk digunakan bersama lipstik. Siapa yang sebelum ni rasa lip gloss tak sesuai digunakan dengan lipstik, sangkaan anda salah. Sebenarnya anda boleh gunakan lip gloss setelah anda sapukan lipstik pada bibir anda. Bibir anda akan nampak lebih memukau glossy apabila anda gunakan lip gloss di atas lipstik yang digunakan.

2/ Menghasilkan Efek Satin

Lip gloss ini juga sebenarnya boleh menghasilkan efek satin pada bibir apabila anda mix kan lip gloss dan juga lip cream. So, caranya mudah saja. Anda perlu mix kan dulu lip gloss dan lip cream sebelum anda sapukan di bibir. Hasil akhirnya akan memberi efek satin pada bibir anda yang akan nampak basah, lembap dan segar untuk kegunaan makeup harian. Jadi penampilan anda akan nampak lebih natural.

3/ Memberi Kesan Bibir Plumpy

Anda nak dapatkan rupa bibir yang plumpy? Jawapannya ada pada lip gloss. Sebab lip gloss mempunyai efek glossy yang membuatkan bibir anda nampak segar dan menonjol. Kesan shiny akan buatkan bibir anda lebih menyerlah dan berseri jika dibandingkan dengan lip matte. Untuk mendapatkan kesan bibir plumpy ni, anda boleh sapu dulu lip balm di bibir dan kemudian baru anda sapukan lip gloss. Bibir anda akan terasa halus dan sempurna.

4/ Sebagai Eye Topper

Glossy eye telah menjadi salah satu trend makeup di seluruh dunia. Untuk dapatkan penampilan glossy ni anda boleh gunakan lip gloss sebagai bahan eye makeup. Anda boleh sapukan eyeshadow terlebih dahulu, kemudian tambahkan lip gloss di atasnya. Cara ini dapat membantu menaikkan seri wajah anda serta mengatasi masalah minyak berlebihan pada kelopak mata. Bila anda gunakan lip gloss sebagai eye topper jadi penampilan anda akan lebih stand out dan kelihatan berbeza dari kebiasaannya.

Jadi inilah dia 4 kegunaan lip gloss yang mungkin masih ramai orang tak tahu. Sekarang anda dah boleh cuba menggunakan lip gloss dengan berbagai cara mengikut style makeup anda. Semoga bermanfaat!

Jom dapatkan koleksi Lip Gloss terbaru NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow X MAMASAB yang menampilkan 18 warna/shades menarik dalam 6 kotak untuk anda pilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Antara kelebihan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition:

๐Ÿ’‹ Mengekalkan kelembapan pada bibir serta menyegarkan bibir
๐Ÿ’‹ Menjadikan kulit bibir lembut, licin, berseri dan lembap
๐Ÿ’‹ Tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit memberikan keselesaan pada bibir
๐Ÿ’‹ Memberikan rasa segar, cantik dan bersinar pada bibir
๐Ÿ’‹ Mudah dicuci
๐Ÿ’‹ Packaging yang unik, cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana
๐Ÿ’‹ Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

By: Shahril Adzrin