Categories
Recipe

Mee Hoon Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan:

  • Bawang Putih
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen
  • Lada Putih
  • Lobak Merah
  • Sayur Sawi
  • Cili Merah
  • Kubis
  • Maggi Sos Tiram
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Ikan
  • Gula
  • Mee Hoon

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen, lada putih dan gula. kacau sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan lobak merah dan batang sayur sawi.
  4. Langkah seterusnya masukkan maggie sos tiram, sos ikan dan maggie secukup rasa.
  5. Kacau seketika, kemudian masukkan mee hoon.
  6. Masukkan sayur sawi, kubis dan cili merah. Kacau sehingga rata dan masak.
  7. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Kuey Teow Goreng Daging Harimau Menangis

  • Bahan-bahan :
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (1paket)
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Maggi Sos Tomato
  • Maggi Sos Cili
  • Maggi Sos Tiram
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Ikan
  • Koay Teow

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen dan kacau sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan maggi sos tomato dan sos cili dan mag
  4. Langkah seterusnya masukkan maggie sos tiram, sos ikan dan maggie secukup rasa.
  5. Kacau seketika, kemudian masukkan koay teow.
  6. Masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga rata dan masak.
  7. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan.

*Letakkan hirisan tomato sebagai hiasan untuk membangkitkan lagi selera.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (1paket)
  • Tomyam Pes
  • Cili Pes
  • Sos Ikan
  • Daun Limau Purut
  • Serai
  • Bawang Holland
  • Lobak Merah
  • Daun Ketumbar
  • Lengkuas
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Cili Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan pes cili dan pes tomyam.
  5. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Kacau seketika, kemudian masukkan lobak merah.
  7. Masukkan sos cili daging harimau menangis (separuh).
  8. Masukkan bawang holland dan daun limau purut. Gaul rata.
  9. Seterusnya masukkan sos ikan (fish sauce) sedikit dan maggi secukup rasa.
  10. Kemudian masukkan nasi.
  11. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan dalam pinggan.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Sayur Goreng Campur Daging Harimau Menangis

Masa penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (Setengah paket)
  • Brocoli
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Kacang Peas
  • Bawang Holland
  • Capsicum
  • Maggi Secukup Rasa
  • Maggi Sos Tiram

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen
  3. Kemudian masukkan sayur yang keras atau yang mengambil masa lama untuk masak terlebih dahulu.
  4. Masukkan sayur bunga kubis dan cendawan.
  5. Tuangkan sedikit air dalam kuali.
  6. Masukkan sayur kacang peas.
  7. Letakkan Maggi secukup rasa dan Maggi sos tiram.
  8. Masukkan capsicum dan bawang holland. Gaul rata.
  9. Akhir sekali, angkat sayur campur daging harimau menangis Auntytini Kitchen dan hidangkan dalam pinggan.

Anda boleh makan hidangan ini bersama nasi putih! Selamat Mencuba