Categories
Recipe

Mee Hoon Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan:

  • Bawang Putih
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen
  • Lada Putih
  • Lobak Merah
  • Sayur Sawi
  • Cili Merah
  • Kubis
  • Maggi Sos Tiram
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Ikan
  • Gula
  • Mee Hoon

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen, lada putih dan gula. kacau sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan lobak merah dan batang sayur sawi.
  4. Langkah seterusnya masukkan maggie sos tiram, sos ikan dan maggie secukup rasa.
  5. Kacau seketika, kemudian masukkan mee hoon.
  6. Masukkan sayur sawi, kubis dan cili merah. Kacau sehingga rata dan masak.
  7. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Kuey Teow Goreng Daging Harimau Menangis

  • Bahan-bahan :
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (1paket)
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Maggi Sos Tomato
  • Maggi Sos Cili
  • Maggi Sos Tiram
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Ikan
  • Koay Teow

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen dan kacau sehingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan maggi sos tomato dan sos cili dan mag
  4. Langkah seterusnya masukkan maggie sos tiram, sos ikan dan maggie secukup rasa.
  5. Kacau seketika, kemudian masukkan koay teow.
  6. Masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga rata dan masak.
  7. Akhir sekali hidangkan dalam pinggan.

*Letakkan hirisan tomato sebagai hiasan untuk membangkitkan lagi selera.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (1paket)
  • Tomyam Pes
  • Cili Pes
  • Sos Ikan
  • Daun Limau Purut
  • Serai
  • Bawang Holland
  • Lobak Merah
  • Daun Ketumbar
  • Lengkuas
  • Maggi Secukup Rasa
  • Sos Cili Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan pes cili dan pes tomyam.
  5. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Kacau seketika, kemudian masukkan lobak merah.
  7. Masukkan sos cili daging harimau menangis (separuh).
  8. Masukkan bawang holland dan daun limau purut. Gaul rata.
  9. Seterusnya masukkan sos ikan (fish sauce) sedikit dan maggi secukup rasa.
  10. Kemudian masukkan nasi.
  11. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan dalam pinggan.

Selamat Mencuba😍

Categories
Recipe

Sayur Goreng Campur Daging Harimau Menangis

Masa penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daging Harimau Menangis Auntytini Kitchen (Setengah paket)
  • Brocoli
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Kacang Peas
  • Bawang Holland
  • Capsicum
  • Maggi Secukup Rasa
  • Maggi Sos Tiram

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih & cili padi yang telah ditumbuk bersama. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging harimau menangis Auntytini Kitchen
  3. Kemudian masukkan sayur yang keras atau yang mengambil masa lama untuk masak terlebih dahulu.
  4. Masukkan sayur bunga kubis dan cendawan.
  5. Tuangkan sedikit air dalam kuali.
  6. Masukkan sayur kacang peas.
  7. Letakkan Maggi secukup rasa dan Maggi sos tiram.
  8. Masukkan capsicum dan bawang holland. Gaul rata.
  9. Akhir sekali, angkat sayur campur daging harimau menangis Auntytini Kitchen dan hidangkan dalam pinggan.

Anda boleh makan hidangan ini bersama nasi putih! Selamat Mencuba

Categories
Lip Gloss

Young & Glow X MAMASAB Perkenalkan Lip Gloss Edisi Aidiladha

Tampil cantik, berseri dan menyerlah pada Aidiladha kali ini! Istimewa Aidiladha kali ni Young & Glow bersama MAMASAB akan perkenalkan Lip Gloss NEELOFA Edisi Aidiladha. Berkonsepkan ‘Absolute-Lips Yours’, bibir juga merupakan mahkota kecantikan untuk semua wanita dan memiliki bibir yang cantik itu memang menjadi keinginan semua wanita. Anda berhak untuk memiliki bibir yang cantik. Dengan koleksi lip gloss ini akan membuatkan bibir anda kelihatan cantik, berseri, seksi dan menawan.

Untuk edisi Aidiladha kali ini akan menampilkan 2 set lip gloss iaitu kotak Pink dan juga kotak Orange. Menampilkan 3 pilihan warna/shades dalam 1 kotak dan lip gloss kini sudah pun berada pada level yang berbeza kalau nak dibandingkan sewaktu trend permulaan lip gloss pada tahun 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Apa yang lagi best kali ini untuk pemilihan warna/shades semua lip gloss ini adalah diinspirasikan dari pemilihan warna/shades yang dipilih oleh Neelofa sendiri di London, England.

APA YANG ADA DALAM SETIAP SET?

Set 1: Kotak Pink

Menampilkan 3 pilihan warna/shades:

  • WORKAHOLIC
  • SUPERSTAR
  • JETSETTER

Set 2: Kotak Orange

Menampilkan 3 pilihan warna/shades:

  • CHARM
  • LAVISH
  • CLASSY

Setiap warna/shades adalah sesuai untuk kegunaan harian atau pun ketika anda menghadiri special event atau majlis makan malam. Jika anda tengok setiap warna/shades dari 2 set ini, ada keseimbangan untuk pemilihan warna/shades di mana ada warna/shades yang menyerlah dan ada juga yang agak soft untuk kegunaan harian. Kenapa nak peningkan kalau dah dimudahkan untuk anda buat pemilihan warna/shades dalam setiap set.

Apa yang best dengan Lip Gloss NEELOFA ni?

πŸ’‹ Mengekalkan kelembapan pada bibir serta menyegarkan bibir
πŸ’‹ Menjadikan kulit bibir lembut, licin, berseri dan lembap
πŸ’‹ Tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit memberikan keselesaan pada bibir
πŸ’‹ Memberikan rasa segar, cantik dan bersinar pada bibir
πŸ’‹ Mudah dicuci
πŸ’‹ Packaging yang unik, cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana
πŸ’‹ Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Just guna dan calit nipis pun dah cukup untuk menaikkan seri wajah anda. Pemakaian lip gloss memberikan efek bibir nampak plumpy, juicy, berseri dan segar.

SELF LOVE PROMO

Adakah dah tiba masanya untuk anda beralih pada lip gloss?? Yess! Why not kan.. Trend makeup tahun 2020 lebih segar, ringkas dan natural. So, ini adalah masa untuk anda beralih pada lip gloss.

Sempena Hari Raya Aidiladha ni juga, why not anda jadikan raya kali ini lebih istimewa dengan hadiahkan set lip gloss ini kepada keluarga tercinta, isteri, adik-beradik, saudara-mara atau rakan-rakan anda.

Anda yang membuat pembelian Self Love Promo yang akan bermula 25 Julai 2020 ini, akan menerima FREE GIFT merupakan Pouch Bag Neelofa di dalam setiap set Lip Gloss. Anda boleh Pre-Order sekarang atau buat pembelian secara terus melalui Agent Jualan MAMASAB dan Young & Glow yang sah atau pembelian secara online di www.youngandglow.com.my

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi hotline Young & Glow di talian: 019-270 2222.

By: Shahril Adzrin

Categories
Lip Gloss

5 SIMPLE STEPS with ATHISHA KHAN

Tips Penjagaan Bibir

HELLO LADIES.. Bila bercakap pasal kecantikan bibir ni, semua wanita nak bibir yang cantik, seksi, berseri-seri kan. Tapi ramai wanita yang tak peka tentang penjagaan bibir mereka. Asal ada produk yang mereka rasa cantik, suka dan murah terus nak guna dan tenyeh-tenyeh je kat bibir tu.

Bibir juga adalah satu mahkota untuk wanita dan sebenarnya sangat penting korang amalkan penjagaan bibir yang betul. Bayangkan, bila korang jaga bibir dengan baik, kan bibir korang akan lagi cantik berseri-seri.

So, kami rasa tak patut kalau kami tak kongsikan tips penjagaan bibir dari Athisha Khan dengan korang.

Tips 1 – EXFOLIATE

  • Exfoliate adalah rutin menanggal atau membuang kulit kering atau kulit mati yang terdapat pada permukaan bibir. Ia akan membuatkan bibir kelihatan lebih bersih, lembut dan berseri. Rutin ni boleh juga dibuat dengan hanya menggosok bibir menggunakan berus gigi yang lembut. Rutin ini boleh diamalkan seminggu sekali terutamanya pada hujung minggu bila korang tak ada plan nak ke mana-mana dan stay kat rumah je.

Tips 2 – HYDRATE

  • Kulit bibir tidak seperti kulit wajah kita. Bibir lebih mudah kering dan mudah pecah kerana tidak mengandungi kelenjar minyak. Jadi korang digalakkan untuk minum banyak air supaya bibir tidak kering. Dan paling penting adalah elakkan dari kerap basahkan bibir menggunakan air liur sebab ini akan menyebabkan bibir anda hilang kelembapannya.

Tips 3 – PROTECT & MOISTURIZE

  • Bibir adalah antara bahagian yang banyak dan mudah terdedah pada cahaya matahari, terutamanya bahagian bawah bibir. Ini bermakna bahagian bawah bibir adalah bahagian yang mudah terdedah pada penyakit barah kulit. Jadi sangat-sangat penting untuk anda pastikan, produk bibir yang anda gunakan perlu mempunyai pelindung matahari SPF 15. Pada waktu malam pula, korang boleh lah gunakan produk pelembap bibir untuk bantu mengatasi masalah kekeringan pada waktu malam.

Tips 4 – KONSISTEN

  • Korang perlu konsisten untuk sentiasa gunakan produk pelindung matahari untuk bibir korang sekurang-kurangnya setiap 2 jam terutamanya selepas makan atau minum.

Tips 5 – PILIH PRODUK YANG SAH DAN TULEN

  • Pastikan korang pilih dan menggunakan produk yang sah dan tulen. Lebih baik cari produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pastikan korang beli produk yang asli, bukan tiruan.

So girlss, diharapkan tips dari Athisha Khan ni sangat membantu korang. Bila dah jaga bibir korang dengan baik, bibir pun dah cantik, bolehlah korang cuba gunakan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow.

Gloss on and make your worries gone. Dapatkan koleksi Lip Gloss terbaru NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow X MAMASAB yang menampilkan 18 warna/shades menarik dalam 6 kotak untuk anda pilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Antara kelebihan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition:

πŸ’‹ Mengekalkan kelembapan pada bibir serta menyegarkan bibir
πŸ’‹ Menjadikan kulit bibir lembut, licin, berseri dan lembap
πŸ’‹ Tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit memberikan keselesaan pada bibir
πŸ’‹ Memberikan rasa segar, cantik dan bersinar pada bibir
πŸ’‹ Mudah dicuci
πŸ’‹ Packaging yang unik, cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana
πŸ’‹ Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Layari www.youngandglow.com.my untuk dapatkan koleksi Lip Gloss NEELOFA Limited Edition sekarang atau hubungi hotline Young & Glow: 019-270 2222.

By: Shahril Adzrin

Categories
Lip Gloss

HELLO LIP GLOSS – Kenapa Anda Perlu Gunakan Lip Gloss Sekarang

Lipstik dan Lip Gloss. Dua produk kosmetik yang ada peminat tersendiri. Nak bercakap tentang mana satu yang lagi best, bagus, cantik dan sesuai untuk digunakan bergantung pada pilihan masing-masing. Bercakap tentang cantik ni of course ianya sangat subjektif. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Ada yang prefer untuk menggunakan lipstik dan ada segelintir wanita yang prefer menggunakan lip gloss.

Mungkin ada segelintir wanita yang skeptikal atau rasa janggal nak menggunakan lip gloss ni. Pernah tak dengar ungkapan ayat ni “A mouth without lip gloss is like a cake without frosting”. Sebelum anda teruskan bacaan, apa yang kami cuba sampaikan adalah sekadar perkongsian supaya lebih ramai yang tahu dan yakin pada kelebihan lip gloss.

Lipstik dan lip gloss ni adalah produk kosmetik yang digunakan pada bibir oleh wanita untuk kelihatan cantik dan menyerlah. Kedua-dua lipstik dan lip gloss boleh melembapkan, tetapi lip gloss akan menjadikan bibir anda lebih lembap. Kedua-duanya akan memberikan kilauan pada bibir anda, tetapi lip gloss akan memberikan kilauan dan penampilan yang lebih baik pada bibir anda berbanding dengan lipstik.

Walaupun lipstik dan lip gloss digunakan di bibir, tetapi sebenarnya ada fungsi berbeza yang kita boleh buat menggunakan lip gloss. Jadi, apa sebenarnya fungsi lip gloss? Baca perkongsian kami.

1/ Sebagai Lip Topper

Selain berfungsi untuk menambahkan lagi seri bibir dan wajah anda, lip gloss ni sebenarnya anda boleh gunakan sebagai sebagai lip topper. Haa.. kenapa? Sebab warna lip gloss yang pigmented sangat sesuai untuk digunakan bersama lipstik. Siapa yang sebelum ni rasa lip gloss tak sesuai digunakan dengan lipstik, sangkaan anda salah. Sebenarnya anda boleh gunakan lip gloss setelah anda sapukan lipstik pada bibir anda. Bibir anda akan nampak lebih memukau glossy apabila anda gunakan lip gloss di atas lipstik yang digunakan.

2/ Menghasilkan Efek Satin

Lip gloss ini juga sebenarnya boleh menghasilkan efek satin pada bibir apabila anda mix kan lip gloss dan juga lip cream. So, caranya mudah saja. Anda perlu mix kan dulu lip gloss dan lip cream sebelum anda sapukan di bibir. Hasil akhirnya akan memberi efek satin pada bibir anda yang akan nampak basah, lembap dan segar untuk kegunaan makeup harian. Jadi penampilan anda akan nampak lebih natural.

3/ Memberi Kesan Bibir Plumpy

Anda nak dapatkan rupa bibir yang plumpy? Jawapannya ada pada lip gloss. Sebab lip gloss mempunyai efek glossy yang membuatkan bibir anda nampak segar dan menonjol. Kesan shiny akan buatkan bibir anda lebih menyerlah dan berseri jika dibandingkan dengan lip matte. Untuk mendapatkan kesan bibir plumpy ni, anda boleh sapu dulu lip balm di bibir dan kemudian baru anda sapukan lip gloss. Bibir anda akan terasa halus dan sempurna.

4/ Sebagai Eye Topper

Glossy eye telah menjadi salah satu trend makeup di seluruh dunia. Untuk dapatkan penampilan glossy ni anda boleh gunakan lip gloss sebagai bahan eye makeup. Anda boleh sapukan eyeshadow terlebih dahulu, kemudian tambahkan lip gloss di atasnya. Cara ini dapat membantu menaikkan seri wajah anda serta mengatasi masalah minyak berlebihan pada kelopak mata. Bila anda gunakan lip gloss sebagai eye topper jadi penampilan anda akan lebih stand out dan kelihatan berbeza dari kebiasaannya.

Jadi inilah dia 4 kegunaan lip gloss yang mungkin masih ramai orang tak tahu. Sekarang anda dah boleh cuba menggunakan lip gloss dengan berbagai cara mengikut style makeup anda. Semoga bermanfaat!

Jom dapatkan koleksi Lip Gloss terbaru NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow X MAMASAB yang menampilkan 18 warna/shades menarik dalam 6 kotak untuk anda pilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Antara kelebihan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition:

πŸ’‹ Mengekalkan kelembapan pada bibir serta menyegarkan bibir
πŸ’‹ Menjadikan kulit bibir lembut, licin, berseri dan lembap
πŸ’‹ Tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit memberikan keselesaan pada bibir
πŸ’‹ Memberikan rasa segar, cantik dan bersinar pada bibir
πŸ’‹ Mudah dicuci
πŸ’‹ Packaging yang unik, cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana
πŸ’‹ Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

By: Shahril Adzrin