5 SIMPLE STEPS with ATHISHA KHAN

Tips Penjagaan Bibir

HELLO LADIES.. Bila bercakap pasal kecantikan bibir ni, semua wanita nak bibir yang cantik, seksi, berseri-seri kan. Tapi ramai wanita yang tak peka tentang penjagaan bibir mereka. Asal ada produk yang mereka rasa cantik, suka dan murah terus nak guna dan tenyeh-tenyeh je kat bibir tu.

Bibir juga adalah satu mahkota untuk wanita dan sebenarnya sangat penting korang amalkan penjagaan bibir yang betul. Bayangkan, bila korang jaga bibir dengan baik, kan bibir korang akan lagi cantik berseri-seri.

So, kami rasa tak patut kalau kami tak kongsikan tips penjagaan bibir dari Athisha Khan dengan korang.

Tips 1 – EXFOLIATE

  • Exfoliate adalah rutin menanggal atau membuang kulit kering atau kulit mati yang terdapat pada permukaan bibir. Ia akan membuatkan bibir kelihatan lebih bersih, lembut dan berseri. Rutin ni boleh juga dibuat dengan hanya menggosok bibir menggunakan berus gigi yang lembut. Rutin ini boleh diamalkan seminggu sekali terutamanya pada hujung minggu bila korang tak ada plan nak ke mana-mana dan stay kat rumah je.

Tips 2 – HYDRATE

  • Kulit bibir tidak seperti kulit wajah kita. Bibir lebih mudah kering dan mudah pecah kerana tidak mengandungi kelenjar minyak. Jadi korang digalakkan untuk minum banyak air supaya bibir tidak kering. Dan paling penting adalah elakkan dari kerap basahkan bibir menggunakan air liur sebab ini akan menyebabkan bibir anda hilang kelembapannya.

Tips 3 – PROTECT & MOISTURIZE

  • Bibir adalah antara bahagian yang banyak dan mudah terdedah pada cahaya matahari, terutamanya bahagian bawah bibir. Ini bermakna bahagian bawah bibir adalah bahagian yang mudah terdedah pada penyakit barah kulit. Jadi sangat-sangat penting untuk anda pastikan, produk bibir yang anda gunakan perlu mempunyai pelindung matahari SPF 15. Pada waktu malam pula, korang boleh lah gunakan produk pelembap bibir untuk bantu mengatasi masalah kekeringan pada waktu malam.

Tips 4 – KONSISTEN

  • Korang perlu konsisten untuk sentiasa gunakan produk pelindung matahari untuk bibir korang sekurang-kurangnya setiap 2 jam terutamanya selepas makan atau minum.

Tips 5 – PILIH PRODUK YANG SAH DAN TULEN

  • Pastikan korang pilih dan menggunakan produk yang sah dan tulen. Lebih baik cari produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pastikan korang beli produk yang asli, bukan tiruan.

So girlss, diharapkan tips dari Athisha Khan ni sangat membantu korang. Bila dah jaga bibir korang dengan baik, bibir pun dah cantik, bolehlah korang cuba gunakan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow.

Gloss on and make your worries gone. Dapatkan koleksi Lip Gloss terbaru NEELOFA Limited Edition dari Young & Glow X MAMASAB yang menampilkan 18 warna/shades menarik dalam 6 kotak untuk anda pilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Antara kelebihan Lip Gloss NEELOFA Limited Edition:

๐Ÿ’‹ Mengekalkan kelembapan pada bibir serta menyegarkan bibir
๐Ÿ’‹ Menjadikan kulit bibir lembut, licin, berseri dan lembap
๐Ÿ’‹ Tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit memberikan keselesaan pada bibir
๐Ÿ’‹ Memberikan rasa segar, cantik dan bersinar pada bibir
๐Ÿ’‹ Mudah dicuci
๐Ÿ’‹ Packaging yang unik, cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana
๐Ÿ’‹ Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Layari www.youngandglow.com.my untuk dapatkan koleksi Lip Gloss NEELOFA Limited Edition sekarang atau hubungi hotline Young & Glow: 019-270 2222.

By: Shahril Adzrin